Bollywood

Tiga Amalan Mudah Sunil Shetty Jaga Badan, Semua Boleh Ikut! - "Setiap Hari Saya Akan ..."

Amri Hassan
03/02/2024
02:08 MYT
Sponsor Banner
Tiga Amalan Mudah Sunil Shetty Jaga Badan, Semua Boleh Ikut! - "Setiap Hari Saya Akan ..."
Memiliki sosok tubuh yang masih tegap dan fit di kala usia mencecah angka 63 tahun menjadi tumpuan peminat setia bintang Bollywood, Sunil Shetty.

BERITA TRENDING: "Makin Tua Makin Helok" - Merecik! Kemunculan Sunil Shetty Di Kuala Lumpur Curi Tumpuan Ramai

Malah, keberadaannya sebagai tetamu kehormat pada majlis pelancaran restoran Copper Grillhouse di Taman Tun Dr Ismail minggu lalu menjadi sorotan ramai.
Mana tidaknya, ramai yang melabelkan Sunil sebagai hot daddy dan semakin berkarisma melewati usia emas.
Gempak sempat bertemu dengan Sunil dan bintang filem Dhadkan itu berkongsi rutin kesihatannya.
"Saya sentiasa konsisten melatih diri menjaga pemakanan dan bersenam sehingga kini. Ia sangat penting! Bersenam dan menjaga makan itu satu kombinasi sempurna untuk mendapatkan badan yang ideal.
"Saya pilih apa makanan yang perlu dan tidak perlu makan. Jadi saya jauhkan diri daripada makanan yang tidak sesuai dengan saya.
"Saya kawal pengambilan gula, kuantiti minyak dalam makanan dan akan cuba jauhkan diri daripada makanan berminyak. Sebaliknya saya pilih makanan yang dipanggang," jelasnya.
Tambah Sunil lagi, dia hanya akan menghentikan pengambilan makanan selewat-lewatnya pukul 6 petang.
"Pada usia begini, kadar metabolisma saya sudah menurun. Jadi mengambil kira jumlah makanan amat penting.
"Selalunya waktu makan terakhir saya pada pukul 6 hingga 6.30 petang dan hidangan seterusnya pada esok hari selepas 12 atau 15 jam.
"Ia bukanlah Intermitten Fasting tetapi saya cuba menjadikannya sebagai amalan semulajadi," tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar