Berita
Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
BERITA TRENDING: Suami Tangkap Isteri Tiduri Lelaki Lain Di Rumah Lepas Balik Kerja: “Seronok Ya Tidur Berdua?”
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, yang juga seorang tukang rumah mengaku salah atas dakwaan melakukan khalwat kali ketiga.
Mahkamah pada Rabu memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.
Tertuduh turut dikenakan denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada jam 1.40 pagi pada 16 Jun lalu.
Hukuman sebat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan ketiga tertuduh.
BERITA TRENDING: "Tak Puas Hati, Sungguh Pun Saya Janda..." - Rumah Diserbu Tengah Malam, Kononnya Asyik Berkhalwat? Alahai Jiran!
Kamalruazmi dalam penghakimannya berkata, dalam menjatuhkan apa-apa hukuman, matlamat utama dalam syariat dan daripada segi agama adalah memberi pengajaran, pendidikan dan sebagainya suatu pencegahan supaya perkara yang sama tidak berulang khususnya ke atas tertuduh dan juga sebagai peringatan pencegahan ke atas orang awam secara amnya.
"Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (Mohd. Affendi) pernah disebat dan dipenjara tetapi buat lagi (berkhalwat).
"Hukuman kali pertama (sebatan kerana khalwat) sepatutnya sudah memberi keinsafan," katanya.
Sebelum ini, tertuduh yang juga bapa kepada lima anak pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman.
Tertuduh sekali lagi didakwa melakukan kesalahan sama pada 25 Januari lalu sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 19 Februari lalu menjatuhkan hukuman empat sebatan, denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Untuk rekod, tertuduh sebelum ini menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu dikenakan empat sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.
BERITA TRENDING: “Korang Memang Kental” - Ibu Tunggal Ditangkap Khalwat Bersama Duda, Netizen Tak Sangka Musim Covid Pun…
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.BERITA TRENDING: “Dia Ditangkap Khalwat Ketika Anak-Anak Di Rumah” – Serina Harap Dapat Hak Jagaan Anak
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: Sinar Harian