Laman Utama

“Korang Memang Kental” - Ibu Tunggal Ditangkap Khalwat Bersama Duda, Netizen Tak Sangka Musim Covid Pun…

gempak
Hanafis Haris
06/09/2021
22:09 MYT
Sponsor Banner
“Korang Memang Kental” - Ibu Tunggal Ditangkap Khalwat Bersama Duda, Netizen Tak Sangka Musim Covid Pun…

Kecewa dan terkejut! Mungkin itu reaksi beberapa netizen apabila muncul satu kes maksiat membabitkan seorang ibu tunggal dan pasangan duda berusia sekitar 30-an.

Isu terbabit mula menjadi perbualan ‘panas’ di media sosial apabila kebanyakan netizen tidak menyangka perbuatan haram itu masih terjadi meskipun negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Difahamkan, kejadian maksiat itu berlaku apabila kedua-dua individu ditahan dalam operasi cegah maksiat di Sik, Kedah malam kelmarin.

Menerusi Harian Metro, Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Sik, Sheikh Mohd Rasydan A Rahman menjelaskan bahawa pasangan itu ditahan ketika sedang berdua-duaan di dalam bilik di inap desa.

"Hasil soal siasat, mereka memberi alasan menginap bersama kerana wanita itu menemani si lelaki yang akan menerima vaksin.

“"Pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan,” katanya.Tambahnya, kedua-dua pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki melakukan khalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Susulan itu, beberapa netizen meluahkan rasa bengang apabila masih ada yang tidak sedar atas bencana dan dugaan yang melanda negara dan dunia ketika ini.Sesetengah mereka tidak menyangka ada yang masih berani melakukan maksiat biarpun Covid-19 masih menular.

“Berani ya, zaman sekarang nak buat maksiat fikir 100 kali. Tak kisahlah dah dua dos pun”.

“Ada sebab dugaan ini semua muncul, tapi sesetengah orang masih tak sedar”.

“Musim Covid ni wey tak takut ke,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live