Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

Firdaus 22/07/2024 | 04:25 MYT
Personaliti media sosial, Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya yang juga seorang pempengaruh berlaku curang.
Dalam Instagram Story (IG) yang dimuat naik, Natasha berkongsi tangkap layar perbualannya bersama beberapa orang individu yang tidak dinyatakan identiti mereka menerusi aplikasi WhatsApp dan direct message (DM).
Individu-individu tersebut mendedahkan kepada Natasha berhubung bekas suaminya yang didakwa berlaku curang.

Curang Dengan Staf & Isteri Orang

Tidak hanya terhenti di situ, pempengaruh berusia 27 tahun itu juga dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita berstatus isteri orang.

"Macam tu ke jalan ceritanya? Tiga tahun awak curang dengan staf, saya masih terima awak, saya tetap jaga aib awak semua.

"Tak sangka selicik ini yang awak buat di belakang saya. Tak cukup dengan staf, bini orang pun sanggup awak sailang. Mana hati dan otak awak?" tulisnya.
Sementara tu, terdapat seorang lagi individu mendakwa bahawa dirinya pernah terlihat pempengaruh berkenaan mesra dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang ketika menjayakan sebuah program motivasi.

BERITA TRENDING:Andika Putera Kini Pegang Status Duda, Sah Bercerai Selepas 4 Tahun Berkahwin - “Terima Kasih Jadi Isteri Terbaik”

​BERITA TRENDING:Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

​BERITA TRENDING:Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

​BERITA TRENDING:Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Akan Disambung Reman Esok

Bagaimanapun, individu itu mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana bimbang perkara akan mengganggu urusan peribadi Natasha dan suami.
Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri

#Viral #Rumah tangga #Influencer #Curang #Andika Putera #Ananda Natasha
;