Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Sedih" - Sasqia Dahuri

Kamaruddin Razal 27/02/2019 | 07:03 MYT
Bukan mudah untuk pelakon Sasqia Dahuri menjalinkan hubungan jarak jauh dengan suaminya yang berasal dari Singapura.
Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri, 34, bernikah dengan usahawan, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan, 28, pada 15 Disember tahun lalu dan jarang berjumpa kerana komitmen kerja.
"Sudah tentu saya rasa juga rasakan sedikit tekanan apabila menjalinkan hubungan jarak jauh... Suami di Singapura, saya di Malaysia.
"Seperti contoh, jika saya tiada sebarang penggambaran dan saya berada di sisi suami selama seminggu. Selepas itu, saya harus pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya.
"Suami juga tidak boleh ke Kuala Lumpur kerana terikat dengan kerja. Ketika itu, saya merasakan kesedihannya. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih.
"Sebelum kahwin, saya bolehlah cakap semuanya okay, tapi selepas kahwin baru saya rasakan perasaan terbabit," kata Sasqia.
Tambah Sasqia, komunikasi antara dirinya dan suami penting dalam menjayakan hubungan jarak jauh ini.
"Bagi saya, apa yang saya lalui sekarang 'just nice'. Alhamdulillah, sudah lebih dua bulan kami berkahwin dan sekarang filem lakonan saya, Misteri Dilaila menjengah pawagam.
"Dia juga sedang sibuk bekerja, jadi kami putuskan untuk memberikan komitmen kepada kerjaya masing-masing.
"Apa yang penting, komunikasi. Kami kerap berhubung dan ia menyemarakkan rasa cinta yang ada dalam perhubungan," katanya lagi ketika ditemui di malam gala filem Misteri Dilaila di e@Curve, Damansara baru-baru ini.
Bergandingan dengan ramai pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Namron dan ramai lagi, jangan lupa saksikan filem arahan Syafiq Yusof ini di pawagam berdekatan!
#pelakon #Pelakon #Sasqia Dahuri
;