Laman Utama

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”

Asyikin Mayudin
10/06/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”
Pelakon Syed Mohamad Asri memberitahu dia akan menolak tawaran lakonan yang menawarkan bayaran terlalu rendah berbanding pengalamannya dalam dunia seni.
Syed atau lebih popular dengan panggilan Usop Wilcha, berkata terdapat segelintir produksi yang mengambil kesempatan terhadap golongan pelakon veteran.
"Bagi saya mudah sahaja... kalau ada produksi yang tawarkan harga rendah saya akan terus tolak. Itu hak saya sebagai seorang pelakon.
"Saya tidak nafikan ada sesetengah produksi yang ambil kesempatan terhadap pelakon lama ini. Mereka tidak menilai dengan baik dan memberikan harga rendah.
“Jadi kalau berlaku perkara begitu lebih baik saya tolak awal," kata Syed kepada Gempak.
Syed ditemui ketika majlis tayangan filem terbaru lakonannya berjudul Kau Pilih Siapa? yang berlangsung di Petaling Jaya pada baru-baru ini.
Tambah pelakon ini, isu ditawarkan bayaran yang rendah tidak sepatutnya dihebahkan jika pelakon itu sendiri sudah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.
"Tak perlulah nak luahkan kepada orang ramai tentang isu ini. Sebagai pelakon kita sudah sign kontrak dan itu bermakna telah ada persetujuan dengan harga. Lebih baik tidak banyak bercakap selepas membuat keputusan sendiri.
"Apabila sudah menerima tawaran, itu menjadi satu tanggungjawab buat pelakon. Saya tidak mahu tunjuk kebodohan diri sendiri dengan banyak merungut selepas sign kontrak," ujar.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar