Laman Utama

Tom Holland, Andrew Garfield Atau Tobey? Tonton Filem Mereka & Menang Sony PlayStation!

Hanafis Haris
18/03/2022
09:02 MYT
Sponsor Banner
Tom Holland, Andrew Garfield Atau Tobey? Tonton Filem Mereka & Menang Sony PlayStation!

Buat semua peminat superhero, pastinya tahun ini merupakan momen paling epik apabila ketiga-tiga Spiderman disatukan bukan?

Impian peminat untuk menyaksikan Tom Holland, Andrew Garfield dan Tobey Maguire akhirnya tercapai menerusi Spiderman No Way Home.

Berita baik buat peminat Spiderman, Astro bakal menyediakan koleksi filem-filem Spiderman paling ikonik bermula hari ini.

Jadi apakah filem Spiderman paling top untuk ketiga-tiga pelakon hebat ini?

Tom Holland

Spiderman alaf baru yang menyertai Avengers! Itulah Tom Holland yang berjaya membawakan watak Peter Parker ke tahap lebih tinggi.

Untuk kali ini, anda boleh saksikan filem Spiderman terbaik Tom Holland iaitu Spiderman Homecoming, Far From Home & No Way Home.

Filem-film ini bakal ditayangkan secara berperingkat bermula hari ini.

Andrew Garfield

Jejaka yang banyak mencairkan ramai gadis, mungkin itulah pesona Andrew ketika membawa watak Spiderman dalam ‘universe’ berlainan.

Antara paling ikonik pastinya The Amazing Spider-man, The Amazing Spider-man 2 & No Way Home.

Ketiga-tiga filem ini juga bakal ditayangkan secara berperingkat bermula 24 Mac.

Tobey Maguire

Paling ‘legend’ antara semua. Tobey Maguire menjadi pelakon yang membuka ‘dunia’ Spiderman untuk menjadi superhero pujaan semua.

Untuk Tobey Maguire anda empat filem yang wajib anda tonton termasuklah

Spider-man 1, Spider-man 2, Spider-man 3 dan No Way Home.

Semuanya ditayangkan berperingkat bermula 7 April.

Tidak cukup dengan itu, anda juga berpeluang untuk memenangi salah satu hadiah dan barangan eksklusif filem Spider-man.

Bukan biasa-biasa ya kerana anda berpeluang memenangi satu daripada dua Sony PlayStation®️ ditawarkan.

Jadi apa tunggu lagi?

Sewa pada bila-bila masa di Astro Best Saluran 481 atau On Demand Store menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Maklumat lanjut di: content.astro.com.my

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024