Laman Utama
Tony Fernandes Terpaksa Naik Singapore Airlines Sebab AirAsia Penuh
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes terpaksa menaiki pesawat daripada syarikat penerbangan luar negara gara-gara kapasiti pesawat AirAsia yang sudah penuh.
“No seat on AirAsia for three flights so had to take Singapore Airline. Hehehe,” tulisnya di Instagram.
BERITA TRENDING: Cute Betul Birthday Celebration Anak Tony Fernandes Ikut Adat Korea, Siap Pakai Hanbok Lagi!
Ramai dalam kalangan pengikut Tony melihat hal tersebut sebagai satu insiden melucukan, tidak kurang ada juga yang memberi cadangan supaya menambah unit pesawat di bawah jenama AirAsia.
Namun, ada juga yang bergurau dan berkata yang Tony tidak akan ketinggalan pesawat.
Terdahulu, Tony meminta pelanggan supaya memberikan belas kasihan kepada AirAsia kerana sentiasa menawarkan penerbangan dengan tambang murah dan dalam masa sama ingin menjana kewangan.