Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Transformasi Rina Harun, Neelofa Beli Karpet Di Nilai - Ini 5 Kontroversi Paling Sensasi Tahun 2021

Azwa Rahman 04/01/2022 | 13:55 MYT
Baru beberapa hari melangkah ke tahun baru, mungkin ada di antara kita yang masih belum move on dengan tahun 2021.
Tahun 2021 menyaksikan pelbagai kontroversi dan berita sensasi menghiasi laman-laman sosial, menjadi bahan bualan wargamaya yang sentiasa tidak jemu.
Kontroversi dari sisi positif atau negatif, nama pencipta berita sensasi mencipta peluang, menjadi jalan pintas bagi nama mereka semakin dikenali.
Di sini Gempak senaraikan lima kontroversi dan berita sensasi yang menjadi highlight tergempar sepanjang tahun 2021
1. Neelofa dan suami ‘melangkawi’, beli karpet, langgar SOP rentas negeri
Sekitar Mac lalu, Neelofa dan Haris Ismail mencetuskan sensasi apabila tular sekeping foto pasangan itu tiba di Pulau Langkawi, dikatakan untuk tujuan berbulan madu.
Tindakan itu mengundang kecaman wargamaya kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, mereka diputuskan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan polis ketika berkunjung ke pulau peranginan itu di atas urusan perniagaan memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, pasangan itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila merentas negeri ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.
Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala suaminya, PU Riz sebanyak RM10,000 kerana kesalahan melanggar SOP ketika majlis perkahwinan mereka.
BACA: "Beri Ruang Saya Selesaikan Dengan Tenang & Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak!” - Neelofa Jawab Isu Langgar SOP
2. Transformasi Rina Harun
Bukan sahaja hujung tahun, pada awal tahun 2021 Datuk Seri Rina Mohd Harun pernah menjadi buah mulut wargamaya apabila transformasi dirinya tular di media sosial.
Ketika Rina mengadakan sesi fotografi dan mengenakan baju kurung rekaan Man Kajang, rata-rata wargamaya memuji penampilan terbarunya persis seorang model, jauh berbeza daripada sebelum ini.
Ramai yang suka dengan penampilan barunya yang semakin langsing berbanding sebelum ini, malah menjadi inspirasi kepada kaum wanita untuk mencapai berat badan idaman masing-masing.
BACA: Rina Harun Tampil Langsing & Makin Jelita, Terima Pujian Netizen - “Serius, Barulah Cantik Nak Letak Dalam Kad Raya”
3. Nabila Razali terkucil di AJL35
Kemampuan penyanyi Nabila Razali untuk menyanyi secara langsung dipertikai oleh wargamaya apabila dia terkucil ketika membuat persembahan lagu Peluang Kedua di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Nyanyian Nabila beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya dan dia juga kelihatan sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.
Malah, ada pengguna media sosial yang menyifatkan nyanyiannya seperti itik.
Lantaran daripada peristiwa tersebut, Nabila dengan rendah dirinya memohon maaf kepada pencipta lagu tersebut, Hael Husaini dan MFMF selepas gagal membawa pulang sebarang anugerah.
BACA: “Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final AJL35
4. Shuk Sahar curang lagi!
Nama Shuk Sahar menjadi antara nama yang paling disebut tahun 2021 ekoran berita-berita kecurangannya yang menghiasi laman-laman sosial.
Pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Rossalennah Natassiah Asshaferah tular selepas isterinya itu membuat pendedahan berani dengan menerjah rumah seorang wanita untuk meminta suaminya pulang ke rumah.
Rossalennah mendakwa suaminya itu masih lagi menjalin huhungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sekitar Julai 2020 iaitu Fara Salleh.
Lantaran isu yang membabitkan dirinya, kerjayanya sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio popular ditamatkan serta-merta.
BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?
5. Ikan siakap Langkawi RM1,000
Tahun 2021 juga menyaksikan ikan turut menjadi bahan bualan wargamaya. Ikan siakap seberat 7kg menjadi tular selepas ia dilaporkan berharga RM1,196.
Harga itu menyebabkan sekumpulan pelancong yang menikmati hidangan tersebut di sebuah restoran terapung di Langkawi itu terkejut.
Namun bagi pemilik restoran, dia mendakwa telah menerangkan kepada pelanggan bahawa ikannya dipelihara sendiri dan harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu, iaitu sebanyak RM16 bagi setiap 100 gram.
Malah ketika kejadian, dia telah meminta pelanggan terbabit untuk melihat sendiri ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.
BACA: “Jangan Risau Kami Pembayar Zakat & Cukai”- Ikan Siakap Bersaiz Mega RM1,196? Ini Penjelasan Sebenar Pihak Restoran!
#Ikan siakap Langkawi #Nabila Razali AJL35 #Neelofa bulan madu #Rina Harun kurus
;