Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!

Gempak
02/06/2024
16:55 MYT
Sponsor Banner
#TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!
Barcelona merupakan bandar kedua terbesar di Sepanyol selepas Madrid.
Menempatkan pelbagai tarikan dan destinasi hebat di merata ceruk, tidak hairanlah mengapa Barcelona menerima hampir 9.5 juta pelancong pada tahun 2000.

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

Sarat budaya, tempat menarik, sudah pasti Barcelona tidak ketinggalan menjadi lokasi pilihan untuk penggambaran filem.
Antara filem-filem yang pernah menjalani penggambaran di kota romantis ini adalah End of The Century, The Gunman, Haywire, The Nun dan The Orphanage.
Jom semak lima lokasi popular di Barcelona yang menjadi latar belakang filem ini yang boleh anda masukkan dalam bucketlist percutian:

1. La Sagrada Familia

Terletak di tengah kota Barcelona, bangunan gah yang pernah menjadi gereja Roman Katolik terbesar ini merupakan hasil rekaan arkitek dari Catalan bernama Antoni Gaudi pada tahun 1882.
Berketinggian 170 meter, Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.
Jika anda ke Barcelona, La Sagrada Familia ini merupakan lokasi wajib pergi!

2. Stadium Camp Nou Football

Peminat sukan bola sepak pasti tahu akan kewujudan stadium ini. Dimiliki oleh kelab bola Sepak Barcelona sejak tahun 1957 lagi, stadium ini pernah menjadi saksi pelbagai temasya hebat dunia antaranya Piala UEFA, Piala Dunia FIFA, Sukan Olimpik dan bermacam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

Ada yang kata tak lengkap lawatan ke Barcelona kalau tidak melawat stadium ini. Pelancong boleh memasuki stadium ini dan melawat kawasan sekitarnya dengan harga di antara RM400 hingga RM600.

3. Casa Batllo

Sebuah lagi karya agung hasil rekaan Antoni Gaudi, Cass Batlo merupakan bangunan unik yang terletak di tengah bandar Barcelona.
Seni binanya diperbuat daripada campuran batu, besi, kayu, seramik dan pelbagai cat berwarna. Menempatkan beribu bilik, Casa Batllo kini boleh disewa untuk kegunaan pelbagai acara.
Oleh kerana kedudukannya yang strategik, ia menjadi lokasi acara paling mahal di daerah tersebut. Bangunan antik ini juga telah diwartakan di dalam Tapak Warisan UNESCO pada tahun 2005.

4. Port Olimpic Barcelona

Dibina pada tahun 1990, Port Olimpic terletak di hadapan perkampungan Olimpik yang terletak di tepi kawasan laut.
Dua bangunan tersergam indah di Port Olimpic ini adalah Mapfre Tower dan Hotel Arts yang menjadi pintu masuk bagi sebuah kasino terkemuka di Barcelona.
Kerana kedudukannya yang berada di tepi laut, ia menjadi tarikan ramai pelancong serta warga tempatan bersantai di waktu pagi dan petang.

5. Pantai Port Olimpic

Terletak di kawasan yang sama dengan perkampungan Olimpik Sepanyol, Pantai Port Olimpic ini merupakan antara pantai terbaik yang ada di Barcelona.

ARTIKEL BERKAITAN: #TravelMana: Nak Pergi China Dah Tak Perlu Visa… Tapi Dengan Syarat

Pasir yang memutih dengan air biru jernih, pantai ini menjadi lokasi wajib pergi bagi setiap pengunjung yang melawat kota ini.
Stesen pengangkutan awam kereta api Metro juga tidak jauh daripada pantai ini menjadikan ia lokasi yang senang diakses oleh segenap lapisan masyarakat.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar