Laman Utama

#Travelmana: Kenali 6 Jurufoto Hebat, Papar Keindahan Destinasi Tersembunyi & Rare Dalam Unseen Singapore

Mya Amri
21/02/2023
13:55 MYT
Sponsor Banner
#Travelmana: Kenali 6 Jurufoto Hebat, Papar Keindahan Destinasi Tersembunyi & Rare Dalam Unseen Singapore
Singapore Tourism Board (STB) telah bekerjasama dengan National Geographic CreativeWorks untuk mempersembahkan UNSEEN/SINGAPORE.
UNSEEN/SINGAPORE merupakan sebuah kempen yang menggambarkan semula Singapura sebagai sebuah destinasi pelancongan daripada perspektif jurugambar-jurugambar intrepid Asia Tenggara.
Menerusi fotografi, pameran ini menggalakkan para pelancong untuk meneroka kepelbagaian budaya dan destinasi-destinasi tersembunyi di sekitar negara tersebut menerusi pemerhatian keindahan yang tersirat dalam destinasi pelancongan Singapura.
Kempen UNSEEN/SINGAPORE ini mempamerkan koleksi hasil karya fotografi menerusi sebuah pameran maya yang dihasilkan dan disusun oleh enam jurugambar dari seluruh Asia Tenggara.
Untuk memilih susunan koleksi UNSEEN/SINGAPORE, setiap jurugambar telah melawat Singapura pada pertengahan tahun 2022.
Mereka kemudiannya mengunjungi lokasi-lokasi di luar kawasan destinasi terkemuka Singapura yang merangkumi unsur-unsur alam sekitar, bangunan bersejarah, tapak warisan dan seni.
Ini dia enam barisan jurugambar dalam UNSEEN/SINGAPORE:
1.Amani Azlin, Malaysia
Amani ialah seorang artis visual yang menzahirkan minat terhadap seni minimalisme menerusi hasil kerjanya untuk pelbagai jenama tempatan.
Apabila bermain dengan seni fotografi, Amani lazimnya mengambil gambar tanpa meletakkan terlalu banyak perincian dalam gambar-gambar yang diambil.
Semanya tentang rakaman foto dalam sesebuah momen tersebut yang hanya akan diamati kemudian.
Baginya, fotografi adalah perihal perakaman saat-saat kandid dan tidak dirancang dalam kehidupan seharian, walaupun ketika mengembara ke luar negara.
Sebagai satu-satunya jurugambar wanita, Amani menawarkan perspektif segar tentang pengembaraan ke lokasi-lokasi wajib singgah ini dan lebih mengutamakan pengembaraan dengan pengalaman mendalam berbanding pengalaman sepintas lalu.
2.Jayaprakash Bojan, Singapura
Jayaprakash Bojan telah menyandang gelaran Nature Photographer of the Year National Geographic bagi tahun 2017.
Seorang artis konservasi alam sekitar dan hidupan liar yang menfokuskan fotografi hidupan liar di luar negara.
Telah menetap di Singapura selama 7 tahun dan zaman pandemik banyak mendorongnya untuk meneroka kawasan sendiri antaranya Taman Pasir Ris berbanding destinasi-destinasi luar negara.
Menerusi projek ini, Jayaprakash meneroka semula Singapura daripada perspektif yang berbeza.
3.Tino Renato, Indonesia
Tino merupakan seorangjurugambar pelancongan, makanan, potret dan objek pegun yang belajar secara sendiri.
Baginya, fotografi merakamkan detik-detik langsung sesebuah tempat dan seisi penduduknya dengan menjadikan subjek-subjek tersebut sebagai fokus utama foto-fotonya.
Elemen itu menjadikan foto-fotonya nampak ringkas namun dalam masa yang sama mengandungi jalan cerita yang mendalam seperti yang boleh kita saksikan menerusi projek UNSEEN/SINGAPORE.
4.Chanipol Kusolcharttum, dikenali sebagai "Rockkhound", Thailand
Selepas beberapa tahun berkhidmat sebagai seorang pramugara dan mengembara mengelilingi dunia, Rockkhound membuat keputusan untuk mendalami fotografi sebagai sebuah kerjaya.
Jurugambar dan penggiat sinematografi dari Bangkok ini memulakan perjalanan fotografinya sekitar 10 tahun lalu menerusi laman Instagram.
Rockkhound menggabungkan gerakan dan emosi, misalnya pencarian komposisi foto yang menarik untuk mendatangkan element pergerakan kepada senibina pegun Singapura.
Jurugambar hebat ini juga menguruskan sebuah syarikat produksi di Bangkok, menganjurkan bengkel-bengkel dan berkongsi tips fotografi dan pembikinan filem.
5.Pham Gia Tung, Vietnam
Tüng menikmati proses fotografi, mencari sesebuah lokasi, menemukan sudut baharu, dan persiapan untuk merakam gambar tapa mengira tempoh masa yang diperlukan.
Jurugambar yang berasal dari Hanoi in mengambil gambar dari sudut yang jarang dipertimbangkan oleh orang lain dan sentiasa berusaha untuk menambah baik kemahiran fotografinya.
Walaupun telah berkunjung ke Singapura beberapa kali sebelum ini, projek ini memberikan peluang kepadanya untuk menghargai dan merakamkan persekitaran serta penduduk Singapura dari sudut pandangan yang berbeza.
6.Gab Mejia, Filipina
Gab ialah seorang pengembara National Geographic dan mempunyai minat mendalam terhadap fotografi hidupan liar dan konservasi.
Pada tahun 2021, Gap telah menerima World Wildlife Fund For Nature International President's Youth Award dan juga disenaraikan dalam 2021 Forbes Under 30 List for The Arts in Asia bagi kategori fotografi.
Perjalanan dalam bidang fotografi bermula ketika bapanya membawanya untuk satu sesi mendaki gunung.
Momen itulah yang mencetuskan minatnya terhadap alam sekitar dan juga jalan cerita yang boleh dipelajari dan dirakamkan dari persekitaran tersebut.
Visi Gap untuk projek ini ialah untuk memaparkan sisi lain Singapura dengan merakamkan detik-detik dari dunia flora dan fauna.
UNSEEN/SINGAPORE sudah pun dibuka buat tatapan umum menerusi www.nationalgeographic.com/unseensingapore.
Pameran maya ini akan memaparkan ruang setiap barisan jurugambar tersebut berdasarkan koleksi bertema dalam bentuk pengalaman yang mengasyikkan.
Para pelawat boleh melawat lokasi-lokasi sekitar Singapura secara maya seperti deretan rumah kedai Sim Kwong Ho, Pulau Ubin, Thow Kwang Pottery Jungle, Jurong Lake Garden Changi Chapel and Museum, dan pelbagai lagi.
Untuk melihat sendiri pameran maya UNSEEN/SINGAPORE, layari www.nationalgeographic.com/unseensingapore
Untuk melihat pembikinan di sebalik tabir, UNSEEN/SINGAPORE, sila layari www.facebook.com/VisitSingaporeMY.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024