Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Trisha Ooi Nak Cari 'Family Man', Tapi Tak Nak Jadi Penyondol! - "Kita Boleh Tahu Dia Berpunya Atau Belum, Naluri Perempuan Kan"

Firdaus 20/02/2024 | 08:55 MYT

Pelakon Trisha Ooi berkongsi dirinya tidak memikirkan tentang percintaan sebaliknya hanya fokus kepada karier lakonan.

Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 24, dirinya buat masa ini tidak mementingkan tentang perihal jodoh kerana belum tiba masa yang sesuai.
“Trisha tak fokus untuk mencari sebenarnya, kalau saya tak fokus macam mana orang nak dekat dengan saya. Sekarang fokus saya adalah karier saya terlebih dahulu.
“Saya tak fokus ke arah itu, jadi tak menunggu dan belum masa untuk bercinta,” katanya.
Dalam pada itu, Trisha ketika ditemui di tayangan perdana filem Janna Endoro di GSC Tropicana Gardens, Petaling Jaya juga sempat menyatakan ciri-ciri lelaki yang diinginkan sebagai seorang suami.

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Bersalin, Madu Marissa Dania Sempat Bergurau Fasal Kahwin Tiga?

“Untuk sekarang karakter yang Trisha cari ialah seorang yang mementingkan keluarga (family man) sebab Trisha sangat rapat dengan keluarga Trisha.

“Tapi bukanlah dengan mana-mana lelaki yang dah berkeluarga, kita tak mahu jadi penyondol. Kita boleh tahu sama ada dia dah berpunya atau belum, naluri seorang perempuan kan,” kongsinya.
Sekadar info, filem Janna Endoro bakal ditayangkan di 50 pawagam seluruh Malaysia pada 20 Februari ini.
Filem tersebut membariskan pelakon popular seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Sabri Yunus, Wan Hanafi Su dan Josiah Hogan.

#pelakon #Kahwin #Rumah tangga #Jodoh #Lelaki #Penyondol #Trisha Ooi
;