Hiburan
Tular ‘Senarai Selebriti Wanita Terkini Untuk Dihalalkan’, Bella Astillah Terkilan –“Saya Tak Rasa Happy Pun”
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui sedih apabila namanya tersenarai dalam ‘senarai terkini untuk dihalalkan’ yang dicipta netizen seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Sedih Nama Tersenarai
Menurut Bella, dia turut terkilan apabila senarai tersebut dijadikan bahan jenaka sesetengah pihak kerana menyifatkan tiada pasangan yang inginkan perceraian.
“Saya tak rasa happy pun nampak senarai itu tetapi dah namanya takdir, memang itulah hakikatnya inilah senarai yang dah bercerai dan bergelar janda.
“Tapi bila tanya saya, saya nampak senarai itu,.. sedih tapi hidup perlu diteruskan.
“Cuma bila dijadikan bahan jenaka itu rasa sedihlah sebab tiada siapa yang ingin berkahwin tetapi merancang untuk bercerai,” ujarnya.
Bella ditemui pada sidang media konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku di ibu kota, pada Selasa.
Fokus Pada Kerjaya
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia enggan lagi berbicara soal perpisahan sebaliknya fokusnya kini adalah pada kerjaya dan keluarga.
“Saya nak jaga diri dan bergerak ke hadapan.
“As for now, saya tak mahu cakap fasal perceraian, tak nak cakap fasal janda.
“Saya nak fokus pada kerjaya dan anak-anak saja,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bella juga bakal berkongsi pentas rakan-rakan penyanyi asal Sabah lain iaitu Marsha Milan, Stacy Anam, Adira, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah pada konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur.
Terdahulu, tular sebuah perkongsian yang memaparkan senarai selebriti wanita yang kini berstatus ibu tunggal selepas berpisah.
Antara nama-nama selebriti wanita yang tersenarai adalah Nora Danish, Fazura, Bella Astillah, Emma Maembong, Mawar Rashid dan Puteri Sarah.