Viral
Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’
Tular sebuah rakaman video yang memaparkan penyanyi Hafiz Suip bergaduh dengan seoranng pengguna jalan raya lain, baru-baru ini.
Rakaman bergaduh tular
Menerusi rakaman yang tular itu, Hafiz dilihat sedang bertumbuk dengan seorang lelaki di sebuah jalan raya.Susulan itu, saksi yang juga mangsa di tempat kejadian tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar kejadian.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila sebuah kenderaan membuat provokasi terhadap kenderaan dinaiki Hafiz.
Spray pemedih mata
Malah, Hafiz juga dikatakan telah diserang dengan spray pemedih mata sebelum bertumbuk.
“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak.
Jelas individu itu lagi, pihaknya juga turut membuat laporan polis sejurus kejadian tersebut berlaku. Malah, mereka turut bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.“Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula blok dan berhenti kereta kami, kedua-dua tengah dalam kemuncak marah dan keluar dari kereta. Tiba-tiba pemandu tersebut spraykan muka Hafiz dengan pepper spray.“Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan, muka saya juga disiku dan dispray dengan pepper spray sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” jelas individu tersebut.
“Selepas itu kami ke balai polis membuat report dan sekarang masih di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” jelasnya lagi.
Apa kes ni..? ?Power jugak penyanyi awan nano ni.. Yang badan besar pun tumbang.. pic.twitter.com/FK0nOOUdFp— JalaIMisai (@jllmisai) August 30, 2024
Must-Watch Video