Hiburan
Ubati Rindu Peminat, KRU Belanja Konsert Besar Tahun Depan! - "Kami Akan Bawakan Fesyen, Muzik & Memori 1990-an"
Selepas memutuskan untuk kembali semula bergabung setelah enam tahun mengambil keputusan membawa haluan masing-masing, kumpulan trio tiga beradik KRU bakal melakar memori baharu tahun 2025.
BERITA BERKAITAN:"Cuaca Sejuk, Kru Jatuh Sakit" - 15 Jam Masuk Bario Demi Tegkang, Pengarah Lega Filem Menang Banyak Anugerah
BERITA BERKAITAN:Enam Tahun Menyepi, Trio Tiga Beradik KRU Tampil Dengan Muzik Video AI - "Muda Muka Masing-Masing"
Jelas Yusry, pelbagai perancangan disusun termasuklah bakal menemui peninatnya dengan konsert berskala besar pada tahun hadapan.
Konsert itu katanya sebahagian buah tangan untuk mengubati kerinduan peminat selepas kejayaan mereka menghasilkan album Kaset bulan lalu.
"Saya tahu ramai artis yang memilih untuk membuat konsert daripada menghasilkan album. Saya tahu ramai berpandangan zaman sekarang tidak perlu buat album. Tapi bagi kami, pembikinan album pada kini sebagai sentimental value.
"Kami tidak mahu ikut cara orang lain.Kami akan buat apa yang orang lain tak buat. Sebagai seorang pengkarya kami mahukan kepuasan daripada karya yang kami hasilkan.
"Sebabkan itu jugalah muncul album Kaset ini dan KRU mahukan ada lagu baharu di konsert itu nanti," katanya di pelancaran single dan video muzik berjudul Voodoo di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MV Voodoo antara yang dimuatkan dalam album Kaset.
Jelas Norman pula, konsert KRU itu juga akan menampilkan gaya yang pernah dibawakan mereka tiga beradik satu ketika dahulu.
"Kami akan pastikan suasana 1990-an yang berkaitan dengan muzik serta fesyen yang menjadi identiti kami satu masa dahulu akan kami kekalkan. Itu semua nostalgia untuk kami dan peminat.
"Memori itu akan kami bawakan untuk semua peminat pada malam itu nanti. KRU mahu buat peminat rasa mereka seperti menjadi remaja semula," ringkasnya.
Dalam perkembangan lain, KRU juga dalam rangka mencari peminat dalam generasi baharu ketika ini.
"Peminat lama kita sudah sedia maklum dan sekarang kami sedang usaha supaya remaja generasi baru boleh kenal siapa KRU.
"Saya mahu peminat baharu juga boleh menerima lagu-lagu kami. Tetapi setakat ini apa yang kita lihat penerimaan peminat baharu cukup baik," katanya.
Must-Watch Video