Hiburan
Ubay Tak Peduli Dibandingkan Dengan Vokalis Lama Nidji - "Semua Orang Ada Hak Untuk ..."
Vokalis terkini kumpulan popular Indonesia, Nidji, iaitu Yusuf Ubay tidak kisah jika ada dalam kalangan peminat membanding-bandingkan dia dan vokalis lama, Giring Ganesha.
BERITA BERKAITAN: DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’
BERITA BERKAITAN: Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
BERITA BERKAITAN: Budi Doremi Tak Gusar Buat Persembahan Di Malaysia - “Hal Yang Kita Tak Tahu, Jadi Serahkan Pada…”
BERITA BERKAITAN:Konsert Ulang Tahun Nidji Ke-23 Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia - "Sambutan Di Sini Luar Biasa"
Tegasnya, semua orang berhak memberi pandangan termasuklah memilih siapa yang lebih mereka minati.
"Bagi saya semua orang punya hak untuk suka kita atau tidak. Tetapi sejauh mana kita mampu menerima tanggapan itu lebih penting.
"Saya mudah, kamu cakap atau pilih siapa pun itu adalah hak kamu. Bagi saya, ia bukan masalah besar dan saya perlu terima dengan hati terbuka.
"Di sisi kelemahan saya, saya juga sudah pasti ada kelebihan di mata pengikut yang bisa menerima saya," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Ubay atau nama asalnya Yusuf Nur Ubay telah menggantikan Giring yang terjun ke dunia politik.
Giring memilih berundur untuk fokus kerjaya politiknya dan sebagai calon anggota legislatif pada Pemilihan Umum Indonesia 2019.
Pada 21 Oktober lalu, dia menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden Prabowo.
Sementara itu ditanya mengenai konsert Nidji 2.3 yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Februari tahun hadapan, Ubay berkata, Nidji sememangnya sudah lama menyimpan hasrat kembali beraksi di panggung di Malaysia selepas kali terakhir pada 2019.