Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Ucapan Sama Setiap Tahun” - Netizen Tanya Bila Afgan Dan Rossa Nak Bernikah

Asyraf Roslan 10/10/2024 | 03:55 MYT

Penyanyi, Datuk Seri Rossa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 pada tanggal 9 Oktober 2024.

Dihujani dengan ucapan ulang tahun daripada keluarga, teman dan peminat namun ucapan dari penyanyi, Afgan buat pelantun lagu Terlalu Cinta ini berjaya menarik perhatian netizen.
Dengan ucapan yang ringkas, Afgan atau nama sebenarnya, Afganshah Reza,35, mendoakan agar Rossa sentiasa bahagia, sihat da disayang oleh semua orang.
“Happy Birthday Rossa!
“Ucapanya sama sahaja setiap tahun, yang penting kamu bahagia terus, sihat, dapat rezeki yang melimpah dan semakin disayang oleh semua orang,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Rossa juga sempat membalas ucapan ulang tahun daripada Afgan dan meminta Afgan untuk pulang cepat daripada bercuti.

BERITA TRENDING: Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang

BERITA TRENDING: Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

BERITA TRENDING: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

Melihat hantaran tersebut, peminat tidak henti-henti bertanya bilakah kedua penyanyi hebat itu ingin disatukan secara sah.
“Alahhh gini doang, by the way kapan nikah?
“Tak faham, cuba kawennn”
“Jadi kalian mau nikah,?”

“Berharap kek Agan ngucapinnya sambil ngelamarrr” kata netizen di ruangan komen.
Datuk Seri Rossa telah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selama 15 tahun dan mengakui pernah terfikir untuk berkahwin lagi.

Rossa juga memberitahu bahawa dia sangat selesa berkawan dengan Afan dan mengakui pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga bersama pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu.

#Afgan #Netizen #Rossa #Ucapan Hari Jadi
;