Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ude Wahid Bengang Netizen Kacau Izreen Azminda Tengah Pantang - "DM Maki-Maki, Hina Anak Tak Bersalah Ni"

Amri Hassan 21/10/2021 | 01:43 MYT
Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid bengang dengan sikap biadab segelintir pengguna media sosial yang masih menyerang keluarganya.
Lebih mengecewakan kata Ude, masih ada individu yang tetap mengganggu ketenteraman mereka biarpun Izreen ketika ini sedang berpantang.
"Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang.
"Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang.
"Aku tak faham betul manusia macam ni. Aku tak boleh brain. Stop benda tak berfaedah ni," ujarnya memberi amaran.
Ude turut menyelar tindakan pengguna media sosial yang bertindak melampau mengirim mesej langsung dengan memaki hamun anak mereka.
"Nak dm maki-maki sampai hina anak kami yang tak bersalah ni. Apa dosa budak tu dengan korang semua ya? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua," katanya.
Izreen kini dalam tempoh berpantang selepas selamat melahirkan anak kedua mereka, seorang bayi lelaki pada 21 September lalu.
Ude yang juga seorang pemuzik telah mengahwini Izreen tanpa pengetahuan ramai pada Ogos 2017.
Hasil perkahwinan mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim.
Sebelum berkahwin dengan Izreen, Ude juga punyai dua cahaya mata bersama bekas isteri, Intan Liana Salleh, Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri, 3 tahun. Mereka bercerai pada 22 Mac 2018.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#pelakon #Viral #Izreen Azminda #Kontroversi #Netizen #Ude Wahid #Intan Salleh #Mesej #DM #Kacau
;