Hiburan

Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami

Umirah Halim
15/05/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.

Banyak dapat tawaran

Sejak isu curang suaminya Aslam timbul, Misya difahamkan mendapat banyak tawaran bisnis dan juga menjadi model bagi jenama pakaian tempatan.
Susulan itu, menerusi temu bual bersama Hijabista, Misya berkata dia tidak menyangka telah dilimpahkan dengan pelbagai rezeki selepas isu kontroversi suaminya dan Marissa.

“Banyak hikmah yang saya nampak. Antara hikmahnya adalah rezeki datang secara tiba-tiba. Kalau tak orang tak tahu saya pun,” ujarnya

Umisya tetap tenang

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan bahawa dia berasa tenang walaupun isu rumah tangganya menjadi perhatian ramai.
“Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk me time. Tak payah nak pening-pening kepala,” tambahnya lagi.
Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan kahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.
Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir.
Sumber: TikTok Hijabista

Berita Trending: Madu Marissa, Umisya Mazlan Hamil Anak Ketiga?

Berita Trending: Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar