Laman Utama

“Umur 4 Tahun Ditinggal Ibu & Dijaga Atuk…” – Kisah Wei Lun Sentuh Hati Rakyat Malaysia

Fiza Kamarudin
02/09/2021
11:45 MYT
Sponsor Banner
“Umur 4 Tahun Ditinggal Ibu & Dijaga Atuk…” – Kisah Wei Lun Sentuh Hati Rakyat Malaysia
Kejayaan luar biasa atlet boccia negara, Chew Wei Lun, menyumbang pingat perak kedua kontinjen negara Sukan Paralimpik Tokyo mendapat perhatian ramai.
Apatah lagi wira negara itu telah menewaskan dua pemain boccia ranking dunia dan mara ke peringkat final tanpa sebarang rekod kekalahan.
Malah dia sendiri tidak menyangka bakal membawa pulang pingat buat negara.
"Kali ni datang sebab nak promote sukan boccia je. Tapi tak sangka dapat masuk final lepas tu dapat medal," katanya merendah diri.
Serentak dengan kemenangan Wei Lun semalam, tular di media sosial mengenai kisah hidup Wei Lun yang sangat menyentuh hati dan mengundang sebak di kalangan warga net.
Mungkin ramai yang terlepas pandang Wei Lun pernah berkongsi kisah hidupnya empat tahun lalu ketika Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.
Menerusi temuramah ketika itu, Wei Lun mendedahkan terpaksa hidup berdikari sejak kecil dan pernah mengambil cuti tiga bulan tanpa gaji kerana minat yang mendalam terhadap sukan boccia.
“Dari dulu lagi, saya terpaksa berdikari. Umur saya empat tahun masa ibu tinggalkan saya, lepas tu atuk yang jaga saya. Masa saya sembilan tahun, saya dihantar ke rumah orang-orang cacat.
“Bukan senang membesar dalam suasana macam ni sebab semua benda kena buat sendiri. Banyak perkara yang saya pelajari, dan sekarang saya dah boleh jaga diri sendiri,” katanya.
“Saya memang suka main boccia. Cikgu kat sekolah yang ajar saya cara nak main boccia.
“Dek kerana minat, saya pernah ambil cuti tiga bulan tanpa gaji supaya dapat bertanding kat temasya ni dan banggakan negara saya.
“Saya tetap sukakan kerja saya dan saya sentiasa nak gembirakan diri sendiri jugak. Saya ada kerja, gaji tetap dan boleh buat apa yang saya suka lakukan.
“Apa lagi yang saya nak? Memang susah sikit nak seimbangkan kerja dengan boccia tapi dapat wakil negara memang berbaloi,” katanya ketika menyertai sukan tersebut empat tahun lalu.
Malaysia meraih pingat perak ketiga buat negara melalui atlet boccia negara, Chew Wei Lun, selepas tewas kepada atlet Great Britain, David Smith, 4-2.
Wei Lun menyumbang pingat itu menerusi acara individu BC1 dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada petang Rabu (semalam).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar