Gaya Hidup

Uniknya Ikan Patin Tempoyak Crispy - Anda Mahu Cuba?

Azwa Rahman
11/04/2019
05:14 MYT
Sponsor Banner
Uniknya Ikan Patin Tempoyak Crispy - Anda Mahu Cuba?
Ikan patin masak tempoyak sememangnya menjadi hidangan enak penggemar ikan sungai di Malaysia. Lagi pekat kuah, lagilah enak!
Namun bagi sebuah gerai bertempat di Seksyen 3, Bangi ini, ikan patin masak tempoyak diberikan nafas baru iaitu – ikan hadir dalam versi lebih rangup.
Penggemar ikan patin masak tempoyak mesti tahu biasanya kuah dimasak terlebih dahulu dan seterus barulah dimasukkan ikan untuk bersatu di dalam kuali.
Uniknya ikan patin tempoyak crispy ini, ia dipotong dalam bentuk filet, digoreng hingga rangup dan kemudiannya disaluti sambal tempoyak.
Menariknya lagi, ikan patin yang digunakan didatangkan segar dari Sungai Pahang, Temerloh.
Kini anda tak perlu lagi bersusah-payah lagi memandu kereta untuk ikan patin segar, menu ikan patin tempoyak crispy ni confirm terangkat!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar