Hiburan
“Untuk Suri Rumah Rajin-Rajinkan Tangan Menyental Toilet, Kuali…” – Lufya Kongsi Tips Mudah Kurus
Pelakon, Lufya Omar kini dalam proses untuk mengurangkan berat badannya.
Lufya menerusi akaun entri terbaru di Instagramnya berkongsi beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan.
“Tips nak kurus! Yang mana 1 buat anda berjaya kuruskan badan?
“Motivate diri sendiri dengan beli baju size kecil. Jaga pemakanan: kalau boleh jangan ambil langsung gula atau tukarkan kepada makan buah-buahan instead of taking sugar.
"Ada kalanya bila tak consume gula langsung pun boleh jadi hypo/pening so ambik buah-buahan yang juga tinggi vit c untuk cantikkan kulit you ols sekali.
“Untuk mommies suri rumah rajin-rajinkan tangan menyental toilet, kuali, pintu, tingkap, balkoni rumah dan sebagainya sambil salsa. 3x seminggu mesti buat aktiviti bersenam macam gi swim, hiking, gym, jogging, etc at least an hour per session.
“Minum air 3 liter especially time musim panas ni. Air pun boleh bantu kurus tau! Jangan stress kalau gemuk. Sebab antara punca badan lambat mencapai berat badan ideal adalah stress! Chill je. Jangan terus tak nak makan tapi tukar cara diet pemakanan anda. Stop makan after 7 pm.
“Sebab ramai orang kutuk/kritik/kecam membangkitkan semangat nak turunkan berat badan. Dapat hadiah atau habuan kalau capai target berat badan yang diidamkan? Mana satu yang bantu korang?” tulisnya.
Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura.
Foto: Instagram @lufyalaana