Laman Utama
Usaha Hamil Anak Ketiga, Artis Indonesia Hesti Purwadinata Pernah Diam-Diam Cucuk Lubang Pada K*nd*m Guna Jarum Peniti
Siapa sangka kisah rumah tangga pasangan Hesti Purwadinata dan Edo Borne menyimpan banyak kisah unik. Salah satunya ketika impian Hesti untuk menambah cahaya mata.
Dalam temuramah bersama Luna Maya dan Marianne Rumantir dalam TS Talk, Hesti berkongsi cerita yang pernah dilakukannya selama 12 tahun bernikah dengan Edo.
Selepas mempunyai dua cahaya mata, Hesti menyimpan impian untuk mempunyai zuriat ketiga pada 2018. Namun, suaminya menolak permintaan Hesti.
"Iya, memang waktu itu sempat ingin punya anak lagi. Saya sangat mahukannya, tapi Edo tak mahu," ceritanya.
Namun, apa yang dilakukan Hesti mengejutkan ramai apabila dia telah 'mensabotaj' alat pencegah kehamilan dengan harapan dia hamil.
"Pernah saya buat, buatkan lubang (pada k*ndom) tapi tidak juga berhasil. Saya cucuk-cucuk jadikan lubang dengan jarum peniti pun tak berhasil," jawab Hesti ketika diajukan soalan lanjut oleh Luna Maya dan Marianne.
Untuk rekod, Hesti dan Edo telah berkahwin pada September 2010 dan punyai tiga cahaya mata bernama Athaya Alysha, Regas Borne Putra dan Radian Borne Putra.
Sumber: IND Times, Fimela