Hiburan
Usia Perkahwinan Genap 3 Tahun, Suami Kongsi Ucapan Romantis Buat Heliza Helmi - “Setiap Detik Bersamamu Adalah Nikmat Yang…”
Suami kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berkongsi ucapan romantis buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Tanda kasih sayang
Menerusi perkongsian di Instagram, Mahadi menganggap kehadiran Heliza dalam hidupnya merupakan tanda kasih sayang yang Allah berikan buat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat Milik Suami Heliza Disahkan Tiada Lesen Aktiviti Pelaburan
“Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah.
“Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku. Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku.
“Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya,” kongsinya.
Doa untuk rumah tangga
Pada perkongsian yang sama, Mahadi juga berdoa agar rumah tangga mereka sentiasa diberikan ketenangan dan cinta semakin kuat.
“Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalanNya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya,” katanya lagi.
Terharu dengan ucapan
Dalam pada itu, Heliza menerusi ruang komen meluahkan rasa terharu sambil berseloroh bertanyakan berapa hari suaminya itu mengambil masa untuk mengarang ucapan tersebut.
“MasyaALLAH. Terkedu, terkejut, terharu jap dengan ucapan. Berapa hari agaknya karang haha. Apapun selamat hari kita moga sampai Jannah. Aamiinnnn terima kasih untuk semuanya,” katanya.
Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga dengan Mahadi yang juga seorang usahwan pada 1 Januari 2022.
Must-Watch Video