Hiburan
Ustaz Don Daniyal Direhatkan RTM Terkait Isu Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.
Direhatkan
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman sosial X, hari ini.
"Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to (saya meminta untuk) rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah.
"Don't ask me about what I think or feel (Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasa). Numbed (terkelu)," ciapnya.
Difahamkan, langkah itu dibuat selepas Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW, lapor Berita Harian.
BERITA TRENDING: "Gaduh Bukan Untuk Bercerai..."- Isteri Ustaz Don Dedah 11 Tahun Cabaran Berkahwin
BERITA TRENDING: Netizen Syak Ustaz Solmed Pakai Duit Sedekah, Rumah Macam Istana Siap Ada Pam Minyak Mini
Dalam dakwaan dibuat semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Don Daniyal mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.
Meskipun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.
Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.
Justeru, orang ramai tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda.
Ia mesti didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan seseorang.
BERITA TRENDING: “Haram Basuh Tangan Pakai Air Sirap Kenduri” - Ustaz Azhar Idrus
BERITA TRENDING: "Ya, Memang Saya Baca 'Jampi' Ketika Memasak" - Thalia Baiduri
Terdahulu, Suhaimi memberitahu tugas Don Daniyal dalam Salam Baitullah adalah sebagai perantara dan bukan penganalisis atau penceramah malah sudah dinasihatkan untuk tidak mengundang kontroversi.
Katanya, pimpinan tertinggi pengarang juga ada di lokasi bagi menentukan semua perantara mengikut skrip.
Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun.