Laman Utama
Utamakan Suami & Anak, Lisa Surihani; "Tawaran Lakon Ada Tapi Saya Lebih Suka ..."
Mengakui suami dan anak sebagai keutamaan utama, kata Datin Lisa Surihani, beliau tidak pernah melupakan status sebagai anak seni.
Masih lagi aktif, cumanya dia yakin dalam tempoh ini pemilihan watak dan tugas itu perlu bagi mengimbangi tanggungjawab dirinya.
"Cinta saya terhadap bidang ini tidak pernah bernoktah. Bagi saya, seorang anak seni akan terus bergelar anak seni selamanya. Melihat keadaan semasa terutamanya selepas negara makin pulih dalam tempoh pandemik saya juga turut menerima tawaran.
"Buat masa ini lakonan memang ada cumanya kalau ikutkan saya lebih suka dunia pengacaraan. Saya yakin dengan rezeki Allah dalam bidang ini dan akan terus berada di sini selagi diperlukan," jelasnya.
Sementara itu, Lisa yang baru menceburi bidang perniagaan menerusi produk penjagaan rambut Suri mengakui tidak pernah merasakan terlambat untuk belajar perkara baharu.
"Saya tidak rasa lambat untuk baru belajar selok belok dunia perniagaan, sebab saya yakin ini masa yang sesuai. Selain sokongan keluarga, bantuan yang diberikan Nori Malaysia juga membuatkan saya lebih berani membuat keputusan.
"Melalui perbincangan dan pertukaran pandangan kita tahu banyak yang perlu saya mahir, walaupun sekecil-kecil perkara tetapi pertimbangan yang baik perlu dalam memastikan keputusan yang dibuat itu tepat.
"Selain itu saya sentiasa mengambil maklum balas pengguna dalam memastikan produk Suri menepati keperluan mereka, Insya-Allah Suri juga akan mempunyai produk berbeza pada masa hadapan.
Memilih nama Suri sebagai pengenalan buat perniagaannya, jelas Lisa selain lebih dekat dengan namanya, dia juga yakin Suri mudah diingati.
Sementara itu bercakap mengenai penglibatan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim, Lisa tidak menolak banyak keputusan yang dibuat juga berdasarkan pandangan Yusry.
"Bila saya beritahu niat untuk memulakan perniagaan ini, suami menjadi penyokong pertama. Malah bukan soal perniagaan sahaja, Yusry memang akan memberi saya semangat dalam apa juga yang saya lakukan sejak awal perkahwinan lagi.
"Bercakap mengenai Suri, memang dia suka akan bau produk ini selain turut bertanya sama ada dia juga boleh guna.
"Sebagai seorang pengarah, tambahan idea khususnya dalam sudut yang lebih kreatif dia akan kongsikan bersama. Jujurnya perjalanan saya sebagai seorang usahawan ini cukup indah sebab sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami," ujarnya.
Berkongsi lebih lanjut mengenai Suri, jelasnya syampu itu didatangkan dengan formulasi yang membantu mengatasi rambut bermasalah.
"Produk ini bukan sahaja sesuai untuk semua golongan malah lebih penting bagaimana Suri juga memberi fokus untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.
"Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut C Michael of London. Perbincangan dengan beliau membawa kepada kewujudan Suri. Lebih penting saya mahu produk ini juga menepati keperluan pengguna.
"Ternyata pengalaman menjadi model iklan sejak berumur 11 tahun tidak memberi banyak kelebihan.
"Membawa jenama sendiri memerlukan lebih banyak proses, bermula dari pemilihan bahan dalam produk malah bungkusan juga memerlukan keputusan sendiri. Jadi melalui Suri merupakan langkah awal saya dalam bidang perniagaan sebenarnya," katanya.
Tidak sekadar mahu mencari keuntungan dalam perniagaan, prinsip Lisa untuk memastikan setiap produknya memberi manfaat buat pengguna.
Selain Shoppe, produk Suri juga boleh didapati di laman web Nori dan 10 pasaraya Aeon antaranya MidValley, Taman Maluri, Bukit Tinggi, Cheras Selatan, Nilai, Seremban 2, Bandaraya Melaka, Shah Alam, Tebrau City dan Bukit Indah.
Foto: @echolaliapictures