Hiburan

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Bakal Timang 'Baby Boy' Lagi!

Amri Hassan
14/03/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Arshad, Raja Syahiran Bakal Timang 'Baby Boy' Lagi!
Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki kedua tidak lama lagi.

BERITA TRENDING: Bayaran Lumayan Tapi Uyaina Arshad Terpaksa Tolak ‘Job’ Di Indonesia - “Saya Berat Hati Nak Lepaskan”

Uyaina yang kini hamil tujuh bulan akui tidak meletakkan sebarang jangkaan jantina bayi yang dikandungnya asalkan sihat dan sempurna akal fizikal.
"Saya sangat bersyukur. Saya sebagai ibu sebenarnya saya hanya berharap anak saya sihat, sempurna akal dan fikirannya.
"Syukur Alhamdulillah, lelaki atau perempuan saya terima seadanya. Mana-mana ibu bapa pun kalau dapat sepasang (anak) mereka mesti akan suka. Macam kami, kami dapat kedua-duanya lelaki pun Alhamdulillah. Mungkin dia boleh jaga adik-adik yang lain, jaga maknya dan neneknya.
"InsyaAllah saya juga berharap dapat jadi bapa yang baik untuk anak-anak saya, menjadi seorang pemimpin untuk mendidik mereka," katanya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: Uyaina Arshad Kini Hamil Anak Kedua - “Doakan Keluarga Kecil Kami”

Uyaina ditemui pada majlis gender reveal dan pelantikannya sebagai duta kepada jenama BabyAyo yang baru melancarkan produk terbaharu mereka, Berries Gummy Kids Vitamin.
Mengakui rezeki anak keduanya, kata Uyaina pemilihannya sebagai duta selari dengan ekspektasi dan piawaiannya serta suami, Raja Syahiran.
"Saya rasa tak banyak jenama tempatan di Malaysia menekankan produk kesihatan untuk kanak-kanak. Ini adalah untuk imunisasi anak-anak kita.
"Saya beritahu mereka saya mahu lihat terlebih dahulu bahan-bahan produk ini, berapa lama proses R&D (penyelidikan dan pembangunan), kemudian saya ambil tahu tentang keselamatan anak-anak.
"Setelah berbincang dengan Syahiran, Alhamdulillah produk ini menepati serta melepasi ekspektasi dan piawaian kami.
"Tawaran ini memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki dengan anak-anak. Segala hasil yang diterima adalah untuk mereka pada masa akan datang," tambahnya.
Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar