Hiburan

Bayaran Lumayan Tapi Uyaina Arshad Terpaksa Tolak ‘Job’ Di Indonesia - “Saya Berat Hati Nak Lepaskan”

gempak
Asyikin Mayudin
29/02/2024
08:54 MYT
Sponsor Banner
Bayaran Lumayan Tapi Uyaina Arshad Terpaksa Tolak ‘Job’ Di Indonesia - “Saya Berat Hati Nak Lepaskan”
Pelakon Uyaina Arshad mengakui dia berasa berat hati untuk melepaskan tawaran menjadi pengacara di sebuah program di Indonesia pada Ramadan yang akan datang.
BERITA TRENDING: Uyaina Arshad Kini Hamil Anak Kedua - “Doakan Keluarga Kecil Kami”
Bagaimanapun, menurut Uyaina, dia terpaksa membuat keputusan itu kerana memikirkan keadaan dirinya yang kini sedang hamil tujuh bulan.
"Pada mulanya memang saya terima tawaran itu tetapi apabila memikirkan kandungan memasuki usia lapan bulan dan perlu berada di Indonesia selama sebulan sepanjang Ramadan saya terpaksa menolak.
"Sekiranya melahirkan di sana (Indonesia) proses dokumentasi untuk anak saya mungkin akan jadi sukar selain saya perlu tinggal lebih lama untuk meneruskan berpantang. Saya berat hati juga untuk melepaskan tawaran ini.
“Sebab saya tahu program tersebut memang menarik. Mengacarakan program Indonesia memang seronok. Bayaran yang ditawarkan juga bagus, selain mereka (kru produksi) sangat menjaga kebajikan saya dengan baik sepanjang berada di sana.
“Saya diberikan rumah, pemandu peribadi, jurumekap dan saya sebenarnya hanya perlu bawa diri sahaja ke sana," katanya kepada Gempak.
Uyaina berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini turut meluahkan rasa syukur apabila masih lagi dikekalkan sebagai duta jenama Ariani untuk tahun keempat.
"Alhamdulillah saya masih lagi diberi kepercayaan untuk membawa jenama Ariani walaupun saya sedang hamil. Saya rasa mesti ada sebab kenapa Ariani masih mengekalkan saya sebagai duta kerana saya melalui fasa-fasa berbeza dalam kehidupan.
"Dari mula saya memakai baju bersaiz XS hinggalah kini M atau XL mengikut potongan baju. Walaupun berubah saiz tetapi saya masih tetap boleh bergaya dengan rekaan Ariani," katanya.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Uyaina dan Syahiran juga kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024