Laman Utama
[VIDEO] Ada Yang Tanya 'Anak Che Ta Tak Sekolah Ka?'
Pelakon jelita Rozita Che Wan tampil menjawab soalan segelintir pengguna media sosial yang mempertikaikan pendidikan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.
Jelas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, Aaisyah dihantar ke sekolah swasta dan kini sedang bercuti musim panas.
"Ada yang tanya anak kami tak sekolah ka?? Adoiii hampaaa punnnnn, anak kami tengah summer break, bulan lapan nanti dia dah start school balik hampaaaaa…
"Dia sekolah international school, depa kalo bagi cuti lama…walaupun Malaysia hari-hari summer.
"Jadi bila ada free si kecik ni akan ikut kami, kalo kami busy shuting dan pak dia takda shuting atau kerja, dia jaga atau Aaisyah kan ada 2 orang abang..abang abang dia kadang-kadang jaga," maklumnya menerusi satu hantaran video di Instagram.
Aaisyah mengaji al-quran di rumah
Tambah Che Ta, biarpun cuti persekolahan, akan ada tenaga pendidik yang datang ke rumahnya untuk mengajar al-Quran.
"Jangan gatai kata anak kami tak p sekolahhh naaaaa, dia cuti. Siap ada cikgu ngaji yang datang rumah, mengaji pun bersiap tau dia.si uncle @anaszahrin pulakkk suka hadiahkan si Aaisyah ni makeup sekoyannnn..lagi dia suka.
"Mokci @kasihcicie rajin melayannn pulak, itulah inilah.
"Kalo tak makeup, dia dok top up inai..takpalah, janji dia happy kami pun happy dan senang hati hampa," tambahnya.
Che Ta terlebih dahulu berkongsi siri penggambarannya bersama Aaisyah yang lengkap berpakaian ala tradisional India, dipercayai untuk tujuan promosi inai yang dijualnya.
#pelakon
#Aaisyah Dhia Rana
#Viral
#Che Ta
#Anak Che Ta
#Rozita Che Wan
#sekolah
#Inai
#Mengaji Al-Quran
#International School
#Summer Break