Laman Utama
[VIDEO] Jadi Owner Kedai Satay, Papa Kelakar... Ramai Love Eizlan Yusof Dalam Senduk Swap!
Muncul semula dalam drama komedi kekeluargaan berjudul Senduk Swap, Datuk Seri Eizlan Yusof kembali mencuri perhatian ramai dengan keletah bersahajanya.
Dalam drama 8 episod itu, Eizlan melakonkan watak sebagai bapa kepada Sofea yang merupakan seorang pemilik francais Mamat Satay.
Dia merasakan dirinya cool, trendy dan berasakan digemari oleh generasi muda, namun adakalanya perilakunya menjadi kekok dan kerap dianggap gagal.
Meninjau ruangan komen Instagram beliau, ramai yang memuji aksi selamba, kelakar dan cool Eizlan dalam Senduk Swap.
"Acting best!
"Teringat cerita Anakku Ayahku, Datuk bertukar badan dengan Fimie Don ada satu babak tak pasal-pasal kena saman polis sebab bagi budak bawah umur bawa kereta," tulis beberapa pengguna media sosial.
TA-DAA! akan mempersembahkan komedi keluarga berjudul ‘Senduk Swap’ yang akan bersiaran sebanyak 8 episod. Siri fiksyen fantasi ini dibintangi Dauk Seri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim dan Emma Sofea.
Sinopsis Senduk Swap
Siri komedi famili ini mengisahkan dua remaja, Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza.
Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.
Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.
‘Senduk Swap’ akan ditayangkan pada 9 September setiap hari Jumaat pada jam 3 petang di TA-DAA! (saluran 612).