[VIDEO] Kereta Pernah Terbakar, Erysha Emyra Akui Trauma Nak Memandu - "Memikirkan Nak Pergi Kerja, Jadi Terpaksalah Guna ..."
Pernah terpalit dengan insiden mencemaskan di mana kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandu terbakar secara tiba-tiba, pelakon, Erysha Emyra tidak menafikan detik hitam itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.
“Mula-mula tu Erysha takutlah nak bawa kereta...
Menurut pelakon drama Chinta Wrong Direction itu, dia mengakui pada awalnya agak takut untuk memandu kereta tapi terpaksa mengatasi perasaan tersebut demi meneruskan kariernya dalam bidang lakonan.
Belum Ada Kereta Baharu
Berkongsi lebih lanjut, Erysha ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang berlangsung di Zebra Square pada Khamis lalu menyatakan bahawa dirinya tidak mempunyai kenderaan sendiri sehingga sekarang sebaliknya hanya memandu kereta milik ibu bapanya sahaja.
BERITA TRENDING: Mini Cooper Biru Erysha Emyra Rentung Terbakar Tepi Highway!
Dalam perkembangan terbaharu, Erysha membintangi drama baharu terbitan Astro berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi memainkan watak sebagai Anne.