Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] MB Selangor Bawa Masalah LRT Ke EXCO, Rakyat Berterima Kasih; “Terbaik, Semoga Dipermudahkan”

Shahrin Zulkifle 09/11/2022 | 10:00 MYT

Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Amirudin Shari mengambil maklum keluhan rakyat mengenai isu Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami masalah sistem pemanduan automatik sejak semalam.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Amirudin berkata beliau akan membawa isu berkenaan kepada ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) dalam satu perjumpaan yang berlangsung pagi Rabu.

“Saya akan bincangkan dalam EXCO sebentar nanti,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial berkenaan memuat naik satu ciapan yang meminta Amirudin untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi menangani masalah tersebut.

Ciapan tersebut seterusnya mendapat perhatian Amirudin untuk diambil tindakan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, beberapa wargamaya lain turut menyampaikan ucapan terima kasih dan mengharapkan bantuan dapat diberikan dengan segera.

“Tolong kami Datuk Seri, rakyat merayu,” kata seorang netizen.

“Terbaik, semoga masalah rakyat ini dapat dipermudahkan,” menurut seorang wargamaya.

“Yes MB, tolong lakukan sesuatu,” ujar seorang lagi netizen.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BACA: LRT Rosak, Ribuan Penumpang Terkandas; “Nak Balik Macam Mana? Esok Nak Pergi Kerja?”

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Rakyat #MB Selangor #LRT rosak
;