UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Sukan

Video Nur Izzuddin Elak Bersalam Dengan Wanita Raih Pujian - “Secara Tak Langsung Yang Bukan Islam Akan Faham Kenapa Dia Menolak…”

Asyikin Mayudin 21/01/2025 | 21:55 MYT
Beregu badminton lelaki negara, Nur Izzuddin menarik perhatian ramai ketika majlis penyampaian pingat kejohanan Badminton Terbuka India 2025 (India Open 2025), baru-baru ini.

Tak bersalaman

Menerusi video yang tular di laman sosial, Izzuddin dilihat tidak bersalaman dengan penyampai hadiah yang juga seorang wanita.

Izzuddin atau nama lengkap Izzuddin Rumsani, 27, sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

Tindakan anak kelahiran Johor itu mendapat pujian netizen kerana membawa imej Islam yang baik.

“Tahniah untuk anda berdua… bravo Nur Izzuddin jaga imej Islam. Salute you bro.

“Alhamdulillah semoga jadi contoh dan tauladan pada atlet lain. Secara tak langsung yang bukan Islam akan faham kenapa Din menolak untuk bersalaman dengan lain jantina bukan muhrim,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucap Tahniah Kepada Beregu Muda Badminton Malaysia, Perbualan Lucu Lee Chong Wei Dengan Anak Pula Jadi Perhatian - “Aku Tak Tahu Nak Lempang Ke…”

Terdahulu, Izzuddin dan pasangan regunya, Goh Sze Fei-Nur berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India sekali gus membanggakan Malaysia.

Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.

Hasil kemenangan tersebut, pasangan beregu nombor satu negara itu membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631).

undefined
#Badminton Malaysia #Nur Izzuddin #Netizen puji #Beregu Malaysia #Bersalaman dengan wanita
;