Laman Utama
[VIDEO] Pembedahan Jantung Ibu Remy Ishak Dihentikan Selepas 12 Jam - "Ibu Saya Sedang Bertarung Nyawa"
Pembedahan jantung ibu kepada pelakon Remy Ishak, Basrah Md Dris dihentikan selepas 12 jam dalam bilik pembedahan.
Maklum Remy, pembedahan itu akan bersambung semula selepas 48 jam.
"Ibu saya Basrah Md Dris kini sedang bertarung nyawa di CICU Hospital Serdang untuk pembedahan jantung. Setelah 10-12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi diberhentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48jam.
"Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada & Qadar, Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya Syurga & neraka Allah.
"Namun apa yang saya & adik beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan & kebahagaiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami," tulis Remy bersama sepotong hantaran video di Instagram.
Begitupun, Remy memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan pembedahan jantung ibunya dan dapat kembali bersama-sama.
"Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik beradik supaya kami boleh bersama2-sama semula dengan ibu kami," maklum Remy lagi.
Khamis lalu, Remy memberitahu ibunya berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Besar Melaka.
Untuk rekod, pada 2018, ibunya dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.