VIDEO: Ramai Seriau Tengok Babak Kuku Nabila Huda Tercabut, Macam Ni Rupanya Cara Nak Buat
Kehebatan lakonan aktres Nabila Huda dalam filem Rahsia versi reboot semenangnya tidak dapat dipertikaikan.
Antara salah satu babak yang menjadi mimpi ngeri penonton adalah ketika kuku Nabila tercabut.
Rata-rata penononton menyatakan babak itu mengundang rasa seriau dan ngeri sehingga ada yang merasakan seolah-olah kejadian kuku tercabut itu terjadi pada mereka.
Disebabkan itu juga, menerusi akaun Instagram miliknya Nabila berkongsi video pendek merakamkan proses pembuatan kuku palsu yang dicabut itu.
“Sekarang ini anda boleh lihat bagaimana mereka membuat kuku yang tercabut. Caranya mereka meletakkan silikon tersebut di kuku,” katanya.
Malah Nabila juga memaklumkan proses kuku palsu itu dilakukan oleh meraka yang terlibat dalam bahagian solekan.
“Ha macam inilah make up department yang diketuai oleh @ameenmustajab untuk buat babak kuku tercabut dalam #FilemRahsia!” coretnya.
BACA: “Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain
BACA: “Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Ja
Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading mendapat pujian pengarah Aziz M Osman.
Rahsia mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.
Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
SINOPSIS:
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.