Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] "Saya Berhadas Kecil, Tadahkan Tangan, Janin Keluar ..." - Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

Amri Hassan 28/06/2022 | 07:25 MYT

Pelakon Rafidah Ibrahim untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila memaklumkan dirinya mengalami keguguran kali kedua pada Jumaat lalu.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata Rafidah pada mulanya dia mengalami sakit perut pada lewat petang sebelum janin yang dikandungnya keluar pada selepas Maghrib.
"Innalillahhiwainnalillah hiroji'un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Maghrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yang berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.
"Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut. Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tahu.
"Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.
"Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.
"Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti)," ceritanya sayu.
Tambah Rafidah, keadaannya pada mulanya yang panik dan sedih bertukar gembira apabila melihat keindahan ciptaan Allah.
"Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t.
"Perasaan panik dan sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.
"Saya yakin para ibu bapa yang sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.
"Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan.
"Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah)," kongsinya.

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)

Jenazah anak Rafidah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah kedua-dua ibu bapanya.
Rafidah mengalami keguguran buat kali pertama pada November tahun lalu.
Rafidah suami, Shahzemir Shahzulkarib telah mendirikan rumah tangga pada Mei 2021.

#pelakon #Meninggal Dunia #Keguguran #Bayi #Janin #Rafidah Ibrahim #Shahzemir Shahzulkarib
;