Laman Utama

[VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil

Mya Amri
29/01/2023
01:58 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil
Pelakon, Raja Ilya meluahkan rasa bangga mendengar penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.
Siti menyampaikan lagu tersebut pada konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Raja Ilya, dia berasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata selepas melihat persembahan itu.
“Menangis kita dengar Datuk Siti menyanyi lagu Tamil ni. Meremang bulu roma sampai ke anak tekak. Semua sebutan benar-benar tepat.
“Ilya benar-benar terharu dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Datuk Siti telah membuatkan kami semua sangat bangga.
“Maaf tau Datuk Siti kita repost, berjurai air mata dengar Datuk Siti menyanyi ni tau. Good job guys,” coretnya di akaun Instagram.
Terdahulu, Raja Ilya merupakan pelakon berdarah Melayu-Mulayalam dan fasih berbahasa Tamil.
Malah sebelum meraih populariti sebagai pelakon drama dan filem Melayu, Raja Ilya terlebih dahulu membina nama dalam bidang lakonan menerusi drama Tamil terbitan produksi tempatan.
Antaranya Tup Periyum Pulli, Agguran dan juga filem arahan pengarah Afdlin Shauki iaitu Appalam.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar