Laman Utama
[VIDEO] “She Said Yes!” - Melamar Ala Hollywood, Netizen Pula Sebak, Terharu Cara Ubai Hargai Shila Amzah
Pempengaruh, Ubai sekali lagi menjadi perhatian apabila melamar penyanyi, Shila Amzah dengan suasana yang cukup romantis.
Menerusi akaun TikTok miliknya, Ubai berkongsi momen manis ketika melamar Shila untuk menjadi isterinya.
Video itu merakamkan pasangan ini mengenakan baju sedondon serba putih sambil berbual dan menikmati makan malam ditepi sebuah tasik.
Paling comel apabila reaksi wajah Shila yang terkejut dan tersipu malu sebaik sahaja melihat kejutan lamaran yang digantung di sebuah jambatan beserta ayat, “Will you marry me, Sha?”
Ubai juga turut menghadiahkan sebentuk cincin dan sejambak bunga buat Shila yang juga merupakan tunangnya.
undefined
BACA: Bikin Kejutan… Selepas 'Berdrama' Di Instagram, Shila Amzah Kini Tunangan Ubai
Dalam pada itu, di ruangan rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat cara Ubai menyayangi dan melayan Shila bagaikan puteri.
Antara komen diterima:
“Kebahagiaan kali kedua itu memang lebih nikmat… Percayalah, jangan takut untuk lepaskan perkara yang menyakitkan diri... Kita berhak untuk merasai kebahagiaan,”
“Tak tahu kenapa nangis tengok video ni. Rasa bahagia sangat tengok @ShilaAmzah”
“Awak akan bahagia dengan orang yang tepat, please jaga dia elok-elok,”
“Sweetnya… Semoga dorang kekal bahagia hingga akhir hayat. Bergenang pula air mata aku,”
Terdahulu, Ubai dan Shila selamat melangsungkan pertunangan mereka pada 27 Mei lalu.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat sahaja.
Difahamkan, hubungan cinta antara Shila dan Ubai mula mekar ketika Shila mula aktif dalam bidang seni sekitar tahun lalu.
Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.