Hiburan

Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”

Asyikin Mayudin
21/08/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”
Tular sebuah video temu bual ibu kepada penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz iaitu Datuk Emmy Suraya dengan sebuah portal gaya hidup di TikTok baru-baru ini.

Wajah awet muda

Menerusi video temu bual itu, wanita berusia 62 tahun itu berkongsi rahsia awet muda dan rata-rata wargamaya memuji wajah ibu Azira yang memiliki kecantikan semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: De Fam Tarik Diri, Azira Shafinaz Ikut Nasihat Doktor - "Apa Yang Jadi Pada Saya Biarlah ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Azira ketika ditemui di sidang media pengumuman konsert After Race Fest berkata dia menyedari ibunya sedang diperkatakan di laman sosial selepas kakaknya berkongsi video tersebut.

“Saya tahu yang mak saya tengah viral sekarang ini sebab my sister ada kongsi dalam group. Saya pun sendiri tak tahu yang mak saya ada temu bual bersama media.

“Bagi saya, ia satu perkara yang bagus untuk dia. Sebab dia memang dah lama dalam bidang tourism. Cuma ada yang tak tahu,” katanya kepada Gempak.

Sebagai Inspirasi dalam hidup

Dalam pada itu, Azira yang juga salah seorang anggota kumpulan DeFam meluahkan rasa bangga dengan kejayaan ibunya yang turut menjadi inspirasi dalam hidupnya.

“Saya rasa bangga dengan mak saya sebab dia memang superwoman, dia bekerja keras dari dulu lagi. Saya memang jadikan dia sebagai inspirasi dalam hidup saya.

“Harap satu hari nanti kalau boleh saya impikan nak jadi seperti dia. Seorang yang berjaya, ada kerjaya sendiri, usahawan… itu yang saya nak jadi. Orang pun selalu cakap muka saya bila dah tua macam mak saya,” katanya.

Status Datuk

Bagaimanapun, pelakon drama siri popular One Cent Thief ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai status ibu yang bergelar Datuk namun menganggap ia rezeki wanita tersebut.
“Untuk ‘title’ itu pula, bagi saya itu rezeki mak saya… Alhamdulillah, tapi saya pun tak ada komen apa untuk perkara itu,” ujarnya lagi.
@hijabistamy MasyaAllah manis sungguh senyuman Dato’ Emmy Suraya Hussein ni. Patutlah anaknya pun sweet sangat! Dato’ Emmy merupakan ibu kepada pelakon popular dan penyanyi kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz. Macam tak percaya usia dah cecah 60an.. Baru-baru ini Hijabista diundang ke sebuah acara eksklusif anjuran Peniagawati atau Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesion. Dato’ Emmy Suraya merupakan Presiden kepada organisasi NGO tersebut. ❤️ #hijabistamag #iamhijabi #newummah #azirashafinaz #trending ♬ Magic (Instrumental) - Jon Worthy
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar