Hiburan

"Kami Tak Pernah Lari" - Razman Razmi Jelaskan Isu Hutang & Serangan Fizikal

Gempak
09/01/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
"Kami Tak Pernah Lari" - Razman Razmi Jelaskan Isu Hutang & Serangan Fizikal
Pereka fesyen, Razman Razmi, tidak menolak kemungkinan masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh seorang jurugambar lelaki dalam sebuah acara di Petaling Jaya pada malam Rabu lalu.
Razman, 53, menjelaskan dia mengenali jurugambar tersebut dan mengakui mempunyai hutang sebanyak RM20,000 yang berkaitan dengan penjualan kereta pada tahun 2019.

"Dia membeli kereta milik Razmi tetapi hanya menggunakannya selama seminggu lebih sahaja sebelum mendakwa kereta itu rosak dan meninggalkannya di tepi jalan.

“Dia kemudian menuntut semula jumlah RM20,000 yang telah dibayar," katanya ketika dihubungi oleh mStar.
Tambahnya lagi, dia turut mengesahkan sebahagian daripada hutang tersebut telah dibayar, dengan sebanyak RM6,000 buat setakat ini.
"Kami tidak pernah lari dari tanggungjawab. Dia boleh sahaja hubungi kami untuk meminta wang. Malah, kami pernah memberi wang kepadanya secara berperingkat, termasuk membantu apabila dia mengadu mengalami masalah kewangan," tambahnya.
Namun, dalam kejadian serangan tersebut, Razman dan Razmi mengalami kecederaan luka di bahagian pipi akibat dipukul dengan lensa kamera milik lelaki berkenaan.

BERITA TRENDING: Rumah Milik Aktor Terkenal Dilelong Pada Harga Setengah Juta

BERITA TRENDING: Dekat Dengan Lokasi Kebakaran Hutan Di LA, Jasmine Suraya Chin Gigih ‘Panjat’ Bumbung Rumah Tinjau Keadaan - “Macam Tak Percaya Kejadian Ini…”

BERITA TRENDING: Rumah Tangga Didakwa Goyah, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Sama Berulang Kali - “Semua Orang Ada Pasang Surut Sendiri”

BERITA TRENDING: Kebakaran Hutan Makin Buruk Di Los Angeles, Ragut Dua Nyawa

Biarpun diserang, Razman tetap meluahkan rasa simpati terhadap jurugambar itu, yang sudah dianggap seperti adik sendiri, dan bimbang insiden ini akan menjejaskan reputasi kerjayanya.
"Apa pun masalah, dia boleh berbincang dengan kami. Kali terakhir kami bertemu adalah pada Disember lalu dalam sebuah acara. Kami tidak pernah menyekatnya daripada berhubung dengan kami.
"Kami anggap dia seperti seorang adik dan berharap kes ini tidak menjejaskan perniagaannya," jelas Razman.
Sumber: mstar
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024