Viral
Video Tular Papar Pelupusan Bangkai Anjing Di Manjung Tidak Benar
Klip video memaparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Lumut yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman.
Tidak benar
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung pada 10.53 malam semalam mengenai penularan video itu di aplikasi TikTok dan Facebook.
"Siasatan mendapati video berdurasi 16 saat memaparkan rakaman bangkai anjing di dalam sebuah lubang tanah tidak memaparkan secara keseluruhan tapak lokasi.
"Hantaran di komen pemilik akaun Facebook memaklumkan kejadian berlaku dalam daerah Manjung disyaki maklumat tidak sahih dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Tahan Lelaki Pukul Anjing Sehingga Mati
Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Awani menerusi Bernama