Laman Utama
[VIDEO] Zoey Rahman Mohon Maaf Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut - "Kami Terpaksa Buat Macam Tu, Kalau Tak..."
Pelakon Zoey Rahman memohon maaf susulan video memaparkan aksinya mencampak makanan ketika melawat komuniti Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini tular dan mendapat banyak kecaman.
Ujar Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, dia terpaksa bertindak (mencampak makanan) demi menjaga keselamatannya.
"Pasal isu campak tu, saya minta maaf, nampak tak sopan dan tak ada adab.
"Kami terpaksa buat macam tu, kalau tak yang belakang tak akan dapat makanan, dan takut mereka naik atas bot, jadi kami terpaksa menjaga keselamatan.
"Apa-apa pun mereka sangat baik, dan cantik-cantik. Siapa yang pernah pergi sana, tahu la keadaan di sana. Harap semua faham situasi darurat," jelasnya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, Zoey berkongsi sepotong video memaparkan suasana kelam-kabut di kawasan laut ketika dia ingin mengagihkan barangan sumbangan makanan kepada komuniti berkenaan.
Dalam video tersebut, Zoey dilihat seakan-akan membaling makanan kepada sebahagian mereka yang berada di bahagian belakang bot.
undefined