Laman Utama

[VIDEO]Gara-Gara Pickupline Pada Erra Fazira, Jep Sepahtu Menangis Disuap Sari Yanti Bubur Bercili

Syafiqah Jalal
17/10/2022
04:57 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]Gara-Gara Pickupline Pada Erra Fazira, Jep Sepahtu Menangis Disuap Sari Yanti Bubur Bercili
Gara-gara terlepas cakap dengan ‘pickupline’ mahu berbini dua serta adegan mesra disuap aktres Erra Fazira, pelawak Jep Sepahtu menangis disuap bubur bercili oleh isterinya Sari Yanti.
Aksi mereka berdua itu dirakam ketika persembahan jelajah, Sepahtu Reunion Live Tour 2022 yang telah pun membuka tirai di lokasi pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru pada Jumaat lalu.
Babak mereka menjadi tular dan Jep didakwa berani mati dengan ‘pickupline’ dan aksinya itu walaupun dalam masa yang sama kelihatan panik kerana bimbang penerimaan isterinya, Sari Yanti bila menonton nanti.
Ternyata, Sari tidak berdiam diri malah menerusi satu perkongsian di akaun TikTok @JepTapan dilihat turut memasak bubur untuk suaminya.
Namun bukan bubur nasi biasa tetapi ‘pakej’ ditaburi dengan cili api hijau dan merah di atasnya.
Malah Sari sendiri dilihat menyuap suaminya di meja makan sambil dimakan Jep yang menangis kepedasan.
Kemas kini itu mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan video berkenaan. Malah mendakwa Jep masih beruntung kerana Sari masih mahu menyuap bubur biarpun penuh cili.
“Nasib baik dia suap lagi bang, kalau dia tinggal abang makan sorang-sorang lagi jem,” kata salah seorang warganet.
“Sari Yanti dengan Erra Fazira punya bubur mana lagi sedap?” tanya netizen berseloroh.
“Nasib bsik makan guna sudu lagi, kalau guna tube habislah,” komen salah seorang warga maya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar