Laman Utama
Vin Diesel Dikawal 12 Bodyguard, Jiran 'Sekolahkan': "Tak Ada Siapa Nak Ganggu Kau"
Menggunakan khidmat bodyguard atau pengawal peribadi adalah hal yang normal dilakukan dalam kalangan VVIP, VIP atau pun selebriti.
Namun, ternyata ramai yang tidak menggemari sikap segelintir selebriti yang mempunyai terlalu ramai bodyguard dan mempunyai sikap 'keras' sehingga menimbulkan rasa kurang selesa.
Itulah yang terjadi kepada bintang Fast and the Furious, Vin Diesel.
Sikap Diesel yang membawa 12 orang bodyguard untuk mengawal keselamatannya sewaktu bercuti di Republik Dominica menimbulkan rasa jengkel penduduk tempatan.
Hal itu terungkap menerusi surat yang ditulis oleh seorang penduduk, Diego Arria.
Menerusi laporan TMZ, para pengawal aktor berusia 53 tahun itu telah menghalang atau menghentikan pejalan kaki hanya kerana untuk memberi laluan kepada Diesel dan anak anaknya berbasikal.
"Untuk beberapa minggu, saya secara peribadi telah menyaksikan sikap para pengawalnya yang melakukan sikap tidak bertanggungjawab dan keterlaluan kepada jiran tetangga di kejiranan ini dan juga di kawasan pantai.
"Menyiasat kami dan menghalang jalan dengan lima sehingga enam kenderaan SUV anda. Dan menahan pejalan kaki hanya untuk memberi laluan kepada anda dan keluarga yang sedang berbasikal!" tulis laporan tersebut.
Bengang dengan sikap keterlaluan Diesel sumber yang sama mengatakan sejak 10 tahun kebelakangan ini, tidak ada penduduk atau tetangga di kawasan tersebut mahupun yang sedang bercuti mengalami kejadian yang tidak diingini.
"Anda perlu sedar. Anda sedang berada di sebuah kawasan yang tidak ada seorang pun ingin mengusik apa lagi menganggu anda.
"Republik Dominica adalah sebuah negara yang aman dan ramah," sambung Arria dalam surat itu lagi.
Meski demikian, Arria juga mengucapkan agar Diesel dan keluarganya yang bercuti di sana sejak sambutan perayaan Easter itu menikmati percutian mereka.
Biarpun pihak Diesel belum memberi kenyataan rasmi, namun ada sumber mengatakan aktor itu mengupah pengawal peribadi tambahan dalam kalangan penduduk tempatan kerana dia membawa bersama anak anaknya.
Kredit Foto: Indiewire