Laman Utama

Viral Ada Yang Bersetubuh Di Pusat Kuarantin Kelantan? Ini Penjelasan Pengarah!

Hanafis Haris
28/05/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
Viral Ada Yang Bersetubuh Di Pusat Kuarantin Kelantan? Ini Penjelasan Pengarah!
Kecoh di aplikasi WhatsApp apabila ada yang mendakawa berlaku persetubuhan luar nikah serta vandalisme di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan.

Maklumat berkenaan tersebar sekali mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai SOP di PKRC.

Namun, perkara berkenaan disangkal oleh Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob.

Menerusi laporan Harian Metro, Dr Mohd Azman berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di PKRC sejak beroperasi awal tahun ini.

“PKRC yang dibuka setakat ini hanya membabitkan satu gender sahaja dan laporan dikeluarkan itu sangat sensitif yang memberi impak negatif kepada masyarakat.

"Kami khuatir orang ramai akan takut untuk masuk ke PKRC walaupun positif Covid-19,” katanya.

Tambahnya, kerajaan sekarang sedang berperang dengan Covid-19 selain memujuk masyarakat supaya masuk ke PKRC sebaik disahkan positif wabak berkenaan.

"Kami tidak mahu penyiaran berita berbentuk seperti itu mengganggu urusan dalam memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Difahamkan, menerusi berita yang viral itu, perbuatan vandalisme serta masalah sosial termasuk penghuni melakukan persetubuhan luar nikah antara kesalahan dikesan di PKRC di Kelantan.

Malah, terdapat juga kes penghuni melarikan diri sebelum tamat tempoh kuarantin.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar