Viral
Viral Nikmati Nutella Dalam Kuantiti Banyak, Ini Respons Ceddy Ang Sebagai Influencer Makanan
Pempengaruh dan pengacara Live+ The Hardest Singing Show, Ceddy Ang menyelar tindakan segelintir individu yang sanggup membazir makanan demi menghasilkan kandungan ‘viral’ di media sosial.
Ceddy berkata, pencipta kandungan atau content creator selalunya sudah sedia maklum mengenai kandungan yang akan memberi ‘shock value’ atau tular dalam kalangan netizen.
Viral
Namun, ungkap Ceddy, apakah kepentingan dan tujuan kandungan tersebut dihasilkan pada asalnya?
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Pencipta kandungan itu sudah tahu yang kandungan seperti ini akan memberi shock value dan akan viral. Jadi dia buat kandungan sedemikian disebabkan mahu reaksi netizen.
“Namun, apakah tujuan dia buat kandungan seperti itu? Untuk hiburkan orang?” kata Ceddy kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: #FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?
ARTIKEL BERKAITAN: Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Majikan Campak Makanan, Ini Respons Individu Yang Pernah Bekerja Di Sektor F&B - “Siapa Masak Lebih…”
Ceddy mengulas mengenai trend luar negara yang menampilkan pencipta kandungan makan makanan ringan secara banyak dalam satu bekas bekas untuk meraih perhatian netizen.
Dalam pada itu, Ceddy menambah, trend tersebut sudah tentu boleh memberi impak terhadap kesihatan tuan empunya badan.
“Dengan mengorbankan kesihatan sendiri? Bukan hanya manusia biasa tidak sepatutnya makan Nutella sebanyak itu, namun, jika ia dilakukan hanya sebagai ‘pertunjukan’, ia sudah jadi satu pembaziran,” katanya.
Terdahulu, seorang individu viral di media sosial selepas menikmati Nutella dalam satu balang besar.
Video berkenaan meraih persepsi negatif dalam kalangan netizen, selain menerima kritikan daripada wargamaya yang bimbangkan kesihatan dan kandungan gula yang diambil individu berkenaan.