Hiburan
“Vokal Kami Sangat Lemah” - The Gadys Ambil Kelas Vokal Selepas Dikecam Netizen
Kumpulan The Gadys memaklumkan mereka telah mengambil kelas vokal untuk memantapkan lagi nyanyian mereka selepas dikecam ramai.
Mempunyai masalah vokal
Menurut salah seorang anggotanya iaitu Aznie Azmi, guru vokal, Cikgu Delly mengakui mereka mempunyai masalah vokal yang sangat lemah.
“Cikgu Delly akui sejujurnya vokal kami sangat lemah sebab kecaman yang kami terima. Sejak itu, kami perbaiki vokal kami bersama cikgu Delly.
“Masa kami rakam lagu Bullseye, cikgu pantau kami dan memberikan kami segala ilmu yang dia ada,” katanya kepada Gempak.
The Gadys berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaru berjudul Bullseye yang berlangsung di Wedge Range, Golf and Social Club, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Dua Lelaki Ditahan Kes Rogol Gadis Orang Asli
BERITA TRENDING: “Yang Ini Approved!” - Netizen Suka Lihat Telatah Comel Bella Astillah & Syed Saddiq Membebel, Berdebat Dalam Kereta
BERITA TRENDING: Noki K-Clique Tak Terburu-Buru Cari Jodoh, Mahu Wanita Yang Tegas & Susah Dipujuk - “Kalau Boleh Saya Kena…"
BERITA TRENDING: Lelaki Sempat Jerit Minta Tolong Sebelum Dibaham Buaya
Hargai pengorbanan jasa guru vokal
Dalam pada itu, Ayunie juga menyatakan mereka sangat menghargai bantuan yang diberikan oleh cikgu Delly.
Tanpa bantuan tersebut kata Ayunie mereka berkemungkinan masih belum mampu merakamkan single terbaru itu.
“Kelas vokal dari Cikgu Delly sangat membantu vokal kami. Bagi Ayunie, peningkatan vokal kami sangatlah bagus walaupun ada sedikit yang kami tidak faham tapi cikgu Delly terangkan sehingga saya akan faham.
“Tak semua orang boleh buat saya faham tapi alhamdulillah Cikgu Delly berjaya buat saya faham. Tanpa kehadiran dia kami tidak akan rakam lagu tersebut,” jelasnya.
Sekadar info, kumpulan The Gadys pernah dikecam oleh seluruh Malaysia kerana menyanyikan lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia di majlis anugerah KNKV 2024 pada awal tahun ini.
Must-Watch Video