Laman Utama

Vokalis Kumpulan Kegemaran Jebat Jayden, Slipknot Hidap Gout Sampai Susah Buat Show

Maliah Surip
13/09/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Vokalis Kumpulan Kegemaran Jebat Jayden, Slipknot Hidap Gout Sampai Susah Buat Show
Belum lama ini pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku terkejut selepas mengetahui anak lelakinya, Jebat Jayden begitu meminati kumpulan Slipknot.
BACA: Sharnaaz Tak Sangka Anak Minat Slipknot
Hal ini lantaran Slipknot adalah sebuah kumpulan heavy metal yang ditubuhkan sekitar tahun 1995 di Amerika Syarikat dengan imej tersendiri, memakai topeng muka.
Kebanyakan anggota Slipknot termasuk vokalisnya, Corey Taylor akan mencecah usia 50 tahun.
Justeru Sharnaaz memuat naik video Jebat yang baru berusia lima tahun begitu ‘layan’ dan sangat teruja saat menonton video persembahan kumpulan tersebut.
Menerusi satu temubual bersama Rock Feed, vokalisnya Taylor mengatakan mengalami kesukaran untuk beraksi seperti waktu muda.
Antara faktor yang membuatkan dirinya kurang bergerak lincah dengan aksi seperti dulu adalah kerana kesihatan.
“Saya boleh katakan mungkin hanya punya masa sekitar lima tahun lalu untuk terus bersama Slipknot kerana masalah fizikal.
“Terus terang saya katakan ia sukar untuk saya. Peminat mungkin tidak menyedarinya tapi apabila saya bergerak, ia sangat menyakitkan.
“Ia kaki saya. Saya mengalami kecederaan pada bahagian jari kaki.
“Saya adalah masalah gout di sekitar kaki dan ia sangat menyakitkan. Ia sungguh sukar.
“Saya mungkin tidak cergas seperti dulu lagi. Usia saya bukan 35 tahun. Ia sukar tapi mesti ada jalan untuk dilakukan agar saya boleh terus beraksi dengan Slipknot,” katanya.
Slipknot sedang menjalani tour album terbaharunya, The End, So Far yang dirilis tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar