Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Wah! Neelofa Akhirnya Kembali Sarung Cincin Risik?

Hanafis Haris 21/01/2021 | 09:50 MYT
Jika sebelum ini tiada bayang mengenai kemunculan cincin risik yang diberi oleh keluarga Pencetus Ummah (PU) Riz di jari manis selebriti dan usawahan Neelofa, namun hari ini ia dilihat kembali tersarung.

Perkara itu didedahkan menerusi video Instagram Story yang dimuat naik Neelofa hari ini.

Dalam video berkenaan, bekas pengacara MeleTop itu turut mempromosikan perniagaannya, Markaz Tijari yang merupakan hasil usahasama bersama PU Riz.

Malah, imej cincin dijarinya kelihatan lebih jelas menerusi perkongsian video Instagram Story ketika mempromosikan produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Noor Kartini.

Walaubagaimanapun kesahihan sama ada cincin yang dipakai itu benar-benar cincin risik PU Riz atau nama sebenarnya Harris Ismail masih belum dapat disahkan.

Terdahulu, hubungan pasangan terkenal itu masih menjadi tanda tanya ramai selepas dilanda kontroversi sekitar akhir tahun lalu.

BACA: PU Riz 'Like' Foto Terbaharu, Tiada Cincin Risik Di Jari Neelofa - Apa Pengakhirannya?

Sehingga kini, PU Riz mahupun Neelofa masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungan mereka.

Untuk rekod, hubungan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot dan PU Rizz ini dilaporkan berantakan selepas beberapa ahli keluarganya memuat naik status berbaur sindiran dalam Instagram.

BACA: Ibu & Adik-Beradik ‘Unfollow’ & Delete Foto Pertunangan…Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

#Neelofa #Cincin #PU Rizz
;