Berita

Wanita 75 Tahun Maut Dimakan B*bi Jiran

Asyraf Roslan
12/01/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita 75 Tahun Maut Dimakan B*bi Jiran

Seorang wanita warga emas, Rebecca Westergaard Rigney maut selepas diterkam dan sebahagian kakinya dimakan oleh babi peliaraan jirannya di Jalan Mink, Pataskala, Ohio.

Mayat wanita berusia 75 tahun itu ditemui maut dengan kecederaan serius pada kaki di hadapan rumahnya.
Kejadian tersebut dilaporkan selepas Rigney dikhabarkan gagal hadir ke rumah anak saudaranya di Norton, Ohio untuk sambutan Krismas.
Menurut Pejabat Koroner Licking County, Rigney meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang disebabkan oleh kecederaan luaran akibat haiwan ternakan, dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan.
Koroner turut memaklumkan bahawa Rigney mempunyai masalah kesihatan jantung dan mengambil ubat cair darah.

Ketua Polis Pataskala, Bruce Brooks, berkata insiden melibatkan haiwan ternakan seperti ini jarang berlaku.

"Jika melibatkan anjing seperti pit bull atau rottweiler, kita mungkin dapat jawapan dengan segera. Namun, melibatkan haiwan ternakan, ini sesuatu yang tidak pernah kami hadapi sebelum ini," katanya.

Setakat ini, pemilik babi tersebut belum didedahkan identitinya dan pihak berkuasa sedang berunding dengan Pejabat Pendakwa Raya Licking County untuk tindakan lanjut.

Seorang jiran, David Mullings, meluahkan kekeliruannya mengenai insiden ini.

"Ini sesuatu yang liar. Tiada babi liar di kawasan ini. Saya tidak pernah melihat babi kecuali di pasar," katanya.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024